أهلا وسهلا

Interaktif

Kahwin Lagi.




Hari ini merupakan hari bersejarah buat abg ku kerana dpt melangsungkan perkahwinannya.
Aku sungguh gembira kerana melihat semua org meraikan nya dlm suasana yg penuh meriah...
Di sini aku ingin berkongsi seba sedikit suasana semasa hari bersejarah tersebut.

Pertandingan Boria di FESKUM 2010


Kenangan bersama-sama dgn shbt2ku di Pertandingan Boria di Festival Kebudayaan-kebudayaan Malaysia(FEStKUM 2010) di UniMAP.
Aku berasa gembira sgt kerana group aku berjaya mendapat tempat ke-3.
dan kemenangan ini merupakan kenangan manis tuk diriku kerana berjaya mengharumkan nama USIM di peringkat IPTA.
Tahniah tuk semua yg memberi support aku selama ini...

Sila klik di bawah untuk melihat show terakhir aku...
Selamat terhibur....:-)
http://www.facebook.com/video/video.php?v=190222874324236&oid=137580076291476&comments

DESTINY Hati Kata Rindu

Panas!!

assalamualaikum tuk semua...


di kesempatan ni aku nk berkongsi sedikit perasaan aku....
maklumla, dh lme rsenya xmenulis blog ni...
bukan ape, rasa mcm x bleh thn je bile dipendamkn seseorg...
so, ak berpendapat ingin berkongsinya di sini..

aku sebenarnya suka org bernyanyi, lagi2 lagu nasyid..
cme aku x suke bile bkn mse nya...
yela,org nk solat pn ada mber tue nenyanyi, wt org yg solat tue x khusyuk....
tula yg terjadi pada ak,...

lpas tue, biler bergayut telefon tue..
klu bleh, dia nk bgitau seluruh Negeri Sembilan yg dia sorg je ada girlfrienz..
dh lah ckp kuat, lpas tue ad org solat pn dia still ckp kuat2...
wt ak panas je...bkn aku je...member aku yg lain pn panas je...

Jom Kahwin...

Hari ni merupakan majlis perkahwinan abg aku yang berlangsung di rumah ak...
Tema tuk sebelah pengantin adalh wrna ungu..
kami sekeluarga semua memaki baju warna ungu...


indah btul ble tgk kedua2 mempelai bersanding, memang padan bagai pinag dibelah dua...

Aku 'eksiden'?

 

Mari kahwin...

Hari ini merupakan hari bahagia kepada abang aku, Mohamad Fazli kerana dapat mendirikan masjid iaitu berjaya melangsungkan majlis perkahwinannya. majlis tersebut telah berlangsung di Tanjung Karang iaitu di sebelah perempuan.

Sehari sebelum itu, majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Tanjung Karang berdekatan dengan tempat tinggal pengantin perempuan.

Bengkel Tesis Thn 3

Aku 'eksiden'?

Hancur berkecai, bertaburan makananku dan habis minumanku tidak sempat menjamah sedikit pun. Hampa aku berbaur serba salah akibat kemalangan yang aku terima. Begitulah perasaanku setelah musibah menimpa diriku...

Hari ni dalam sejarah hidupku, aku di timpa musibah iaitu kemalangan jalan raya. sedih dan pilunya....
Kemalangan ini berlaku setelah aku mengikuti Program Bengkel Tesis untuk Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

Minggu Usahawan FPBU 2010

Hari ini pelajar2 Tahun 3 fakulti aku,FPBU, kami dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk membuat minggu usahawan yang diadakan di Foyer FKP. Minggu Usahawan ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar dalam menjalankan perniagaan dari mula iaitu dengan modal hinggalah keuntungan yang diperolehi...Event berlangsung selama dua hari iaitu dari 17 hingga 18 Mac 2010.


Aku tidak ketinggalan untuk menyertainya bersama kumpulan aku iaitu MAJI ENTERPRISE.Di gerai Maju Enterprise, kami menjual cendol 'cinta', cendol pulut, aiskrim kon bunga, air berkabonat seperti coke, pepsi, rut beer. kami juga menjual floot 'yummy', roti aiskrim dan roti hotdog.

Boling Padang

Hari ini merupakan pengalaman pertama bagi aku, nizam, dan duen kerana hari ini pertama kali kami bermain boling padang... kami bermain boling padang tuk fakulti kami iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU).


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya tidak pernah pn menyentuh bola boling padang apatah lagi untuk bermain. Namun disebabkan tertarik dan minat untuk mencuba sesuatu sukan yang baru, kami pn menyertai SUFA bagi acara boling padang ini.

Barak Allahu Lakuma


Lagu ini merupakan lagu yang sekarang pelajar2 USIM minati kerana lirik dan melodi nya yang sedap dan senang didengari oleh sesiapa sahaja mahu mandengar nya...
So, slmt berhibur...



Permata Insan

Hari ini merupakan hari bermakna kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) kerana menerima kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara bersempena Majlis Pelancaran Permata Insan. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi  dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Muhamad Muda dan diteruskan dengan ucapan pelancaran dari Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor beserta dengan pelancaran Permata Insan...


Boling Best...

SUFA 2010 baru je bermula..
FPBU telah menghantar dua team di mana aku memasuki Team FPBU (B) yang terdiri juga daripada Acap, A'a, Anam, dan Duen. Manakala untuk Team FPBU (A) diwakili oleh pelajar junior (Amin, Azim,Tahun 1) dan (Muhaimin, Atiqullah dan Hishamudin@ca'am, Tahun 2).

Pertandingan tue diadakan selama dua hari iaitu 6-7 Mac 2010, bertempat di Jusco, Seremban 2. Pertandingan tue mula lambat disebabkan ada majlis perasmian di Pusat Sukan USIM, Pavilion pada kul8-11pgi.

Pada hari pertama, pertandingan mula pd kul 1tghari yg dimulai dgn team dari perempuan yg lambat main sehingga jam kul 6ptg.Team tuk lelaki mula main kul 6 ptg sampai Jusco tue nk tutup, kul10.30malam gara2 bdk perempuan yg lambat main..


Team ak berpuas hati dgn hari pertama dan akan berusaha tuk hari kedua 7 Mac 2010.

Persembahan Jemputan di UM

Persembahan Jemputan Sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan Sesi 2009/2010 Di Dewan Sri Tanjung, Kolej 10, UM.

Hari ini, seramai 9 orang ahli FANSURI yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 perempuan membuat persembahan jemputan sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan di Kolej 10, Universiti Malaya.

Persembahan ini merupakan persembahan jemputan untuk kali pertama di luar USIM. Aku juga terlibat dalampersembahan ini kerana aku juga merupakan ahli kumpulan FANSURI, iaitu satu kumpulan tarian aktif yang terdapat di Unit Kebudayaan USIM.



Majlis yang dirasmikan oleh YB.Senator Tan Sri Datuk (Dr) Hj. Jins Shamsuddin turut dihadiri oleh pelakon veteran kita iaitu Aziz Satar dan penyanyi popular tanah air iaitu Ning Baizura bersama suaminya yang tersayang.

SYARAT BERCINTA

Sejujurnya...
ku tahu perasaanmu...
sememangnya kau suka padaku...
tak ku nafi ku juga begitu...
suka....
padamu...


KIBLAT YANG SATU

Di mana bumi dipijak, di situ agama dijunjung
wahai Muslimin dan Muslimat berpusu
dari seluruh alam
raikan syahadah di Bumi Haram
yang masih halal milik kita



Namun kenangi air mat di kiblat tua
berbaur darah para syuhadah
gugur megah iman masih gagah
di luar pintu al-Aqsa
ada jasad masih tersiksa
tidakkah terasakah peritnya kita







Kitab Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran”, pekik Jamilah kepada Nabil...“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih”, balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”, keluh Jamilah.“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab”, jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”, tegur pak cik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pak cik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”, sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?”, pak cik menyoal sambil tersenyum.

SEBUAH EPILOG HIDUP

Menatap sebuah epilog hidup
yang dipunggah dari rak takdir
dia mula menghafal

kata demi kata
mencari makna
bahasa kalbu yang kelabu

direncanakan daun waktu
sedang kelmarin sudah jauh berlalu
esok tetap setia menunggu
gerimis kecil yang tak jadi luruh
 



Onak duri kehidupan

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang


Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian







Apa itu TARIAN ZAPIN?

Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arabdan dikatakan berasal dariYaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei,Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

  • Tarian Zapin Arab 
  • Tarian Zapin Johor 
  • Tarian Zapin Lenga 
  • Tarian Zapin Pekan 
  • Tarian Zapin Tenglu

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)