أهلا وسهلا

Interaktif

Raya 2011

Hijrah untuk kebaikan adalah dituntut dalam Islam...
Salam kepada warga blogger semua,

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Entri pada kali ini, aku ingin berkongsi mengenai bagaimana aku memperolehi temuduga untuk kali ke-2.

Sekiranya sahabatku yang pernah membaca entri sebelum ini, aku telah menolak tawaran untuk interview dan ini entri kali ini merupakan kesinambungan dari entri tersebut.

Seminggu selepas aku menolak tawaran temuduga, aku mendapat perkhabaran baik dari sahabat aku, Hanani Hassan yang sedang bekerja di Travel Agensi iaitu Muhammadiah Travel di Nilai. Dalam perkhabaran tersebut, dia memberitahu bahawa di tempat kerja beliau memerlukan orang. Namun, jawatan yang ada masih tidak diketahui. Hanani menyuruh aku menghantar resume kepada email dia pada hari itu juga iaitu pada 13 September 2011. Selepas aku menghantar resume tersebut, aku menerima panggilan dari travel agensi tersebut yang menyuruh aku datang untuk temuduga pada hari Khamis bersamaan 15 September 2011.

Raya 2011

Anak buah  ke-4
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam Aidilfitri yang ke-23, 

Maaf dipinta atas kelewatan untuk mengepos entri kerana sibuk dengan urusan duniawi.

Entri untuk kali ini, aku masih hendak berkongsi serba sedikit apa yang berlaku sepanjang hari raya ini.

Aku ada menerima panggilan dari seorang ustaz dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk datang temuduga di sana. Beliau menelefon aku pada hari Isnin, 5 September 2011 dan menyuruh aku memikirkan tawaran tersebut. Hajat dihati ingin aku pergi tapi disebabkan tertentu aku tidak dapat hadir untuk pergi temuduga tersebut. Aku menghantar mesej kepada ustaz tersebut dan memberikan beberapa sebab aku tidak dapat untuk hadir.

Salam Lebaran 1432 Hijrah


Salam Lebaran 1432 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam lebaran Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada rakyat Malaysia khasnya.

Entri untuk kali ini sudah tentu mengenai Hari Raya Aidilfitri kerana Hari Merdeka belum disambut lagi kerana ia akan disambut pada 16 September 2011 nanti.

Hari Raya pada tahun ini, aku telah menyambutnya di kampung sebelah ayah aku iaitu di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam selama 3hari 3malam bersama-sama ayah, emak, kakak aku yang ke-2, adik lelaki (adik-beradik yang ke-7), adik lelaki (adik-beradik yang ke-8), dan adik perempuan (adik-beradik yang bongsu).

Hari Pertama:
Seperti biasa, di pagi raya aku, ayah, adik lelaki, dan emak aku bersembahyang sunat hari raya di masjid. Selepas selesai, kami terus menziarahi pusara atuk bersama-sama nenek dan mak cik aku (adik ayah aku).

Setelah selesai, kami pulang ke rumah untuk bersalam-salaman untuk bermaafan sebelum pergi beraya. Cuma raya tahun ini tidak semeriah tahun lalu yang mana, abang dan kakak aku yang sudah berkahwin tidak ada pada hari pertama raya kerana mereka beraya di rumah mertua masing-masing. Ada yang di Perak (abang sulung aku), di Kuala Pilah (kakak yang pertama aku), di Tanjung Karang (abang aku yang ke-2), dan di Damansara (abang aku yang ke-3). 


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini...
Entri pada kali aku nak mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Kareem kepada Umat Islam.










Rasanya masih sempat untuk mengucapkan ungkapan ini. Bukan saja-saja ingin melambatkan ucapan ini, cuma masa tidak mengizinkan kerana ada hal yang tidak dapat dielakan...






Walaupun hanya tinggal beberapa hari kita akan meninggalkan Bulan Ramadhan yang mulia ini, namun janganlah kita lupa untuk mencari Malam LailatulQadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan...

Justeru, diri ini memesan sesama insan Muslim agar mempertingkatkan amal ibadat untuk mencari malam tersebut di samping mencari maghfirah (keampunan) dari Allah Taa'la...

 Kali ini juga disertakan gambar dari http://www.munsyeed.com dan http://www.nasyidfm.com.my.

Semoga Bulan Ramadhan pada kali ini memberi makna kepada kita.
InsyaAllah...

Sekian sahaja untuk kali ini...
Wasalam...^_^

Sekian lama menyepi, kini aku muncul kembali.
Bukan tidak mahu meng'update' blog ni cuma rasa belum sedia lagi.
Sekarang baru hendak mula semula.

Di kesempatan ini, aku berazam untuk menulis penuh supaya semua orang faham apa yang hendak aku cuba sampaikan di sini di samping melatih perbaiki Bahasa Melayu, maklumlah sudah lama tidak menulis.

Rasanya, cukuplah sampai di sini dahulu. Bila ada masa terluang lagi, aku akan menulis lagi.
Semua rakan-rakan yang membaca blog aku di sini mendapat manfaatnya di samping bertukar-tukar ilmu.
Sekian, terima kasih.


Wasalam.

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)