أهلا وسهلا

Interaktif

Mari kahwin...

Hari ini merupakan hari bahagia kepada abang aku, Mohamad Fazli kerana dapat mendirikan masjid iaitu berjaya melangsungkan majlis perkahwinannya. majlis tersebut telah berlangsung di Tanjung Karang iaitu di sebelah perempuan.

Sehari sebelum itu, majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Tanjung Karang berdekatan dengan tempat tinggal pengantin perempuan.


Majlis diadakan dengan meriah sekali. ramai tetamu dari kalangan saudara mara, shabat-handai dan jiran-jiran terdekat dari kedua-dua belah pengantin turut hadir. 
Tema majlis perkahwinan disebelah pengantin perempuan adalah pink dan biru muda.

InsyaAllah, Ahad ni majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung.
Jadi dijemput kepada sesiapa yang mengenali kedua-dua pengantin ini agar dapat hadir bagi memeriahkan majlis ini. InsyaAllah ak akan balik selepas aku mengikuti program anjuran Unit Kebudayaan di Johor Bahru, Jumaat dan Sabtu ni.


Semoga perkahwinan abg ak akan kekal hingga akhir hayatnya disamping isterinya yang tercinta.
Amin....

0 Response to "Mari kahwin..."

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)