أهلا وسهلا

Interaktif

Boling Padang

Hari ini merupakan pengalaman pertama bagi aku, nizam, dan duen kerana hari ini pertama kali kami bermain boling padang... kami bermain boling padang tuk fakulti kami iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU).


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya tidak pernah pn menyentuh bola boling padang apatah lagi untuk bermain. Namun disebabkan tertarik dan minat untuk mencuba sesuatu sukan yang baru, kami pn menyertai SUFA bagi acara boling padang ini.


Sebelum bermain, kami ingat kan bermain boling padang sama seperti bermain tenpin boling. Namun anggapan kami meleset kerana kedua-dua sukan ini mempunyai daya tarikan tersendiri. contohnya, bila kita bermain tenpin boling, kita perlu memastikan link untuk kita melontar bola boling adalah sama untuk memastikan kita dapat 'strike' iaitu menjatuhkan semua pin boling. Lain pula dengan boling padang, dimana kita hendaklah melontar bola kita supaya hampir dengan bola 'jack' untuk memastikan mendapat mata.

Kalau aku hendak terangkan semua, rase2 tak cukup kt sini, mungkin sape2 yang nk tau ttg ini boleh la memberi comment untuk selanjutnya....

Apepun nk bgitau di sini, team ak telah tewas tuk sukan ini keran mybe first time bermain. namun ak dgn team ak gembira kerana kami dapat bersaing  sengit dengan pasukan yang pernah bermain boling padang ini. Kami tewas dengan FPg dgn 14-10 dan FKP dgn 15 -10.

Dalam pertandingan ini, bagi kategori lelaki Johan oleh pasukan FPg B, N.Johan FKP, Ke-3 FPg A dan Ke-4 FPQS. Bagi kategori perempuan, Johan FSU A, N.Johan FPg , Ke-3 FPg dan Ke-4 FSU.

Namun bagi kami, sukan boling padang ini juga slh satu sukan yg seronok kerana menguji ketahanan mental peserta bagi memastikan semuanya berjalan dgn lancar....



Secara kesimpulannya, aku seronok dapat menimba pengalaman baru dan berharga bersama2 kwn ak, nizam dan duen, dan juga kwn2 baru dri fakulrti lain sperti ammar, annurddin, abg zul, dan semua yang terlibat dalam SUFA boling padang in....wasalam....

0 Response to "Boling Padang"

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)