أهلا وسهلا

Interaktif

SYARAT BERCINTA

Sejujurnya...
ku tahu perasaanmu...
sememangnya kau suka padaku...
tak ku nafi ku juga begitu...
suka....
padamu...


KIBLAT YANG SATU

Di mana bumi dipijak, di situ agama dijunjung
wahai Muslimin dan Muslimat berpusu
dari seluruh alam
raikan syahadah di Bumi Haram
yang masih halal milik kita



Namun kenangi air mat di kiblat tua
berbaur darah para syuhadah
gugur megah iman masih gagah
di luar pintu al-Aqsa
ada jasad masih tersiksa
tidakkah terasakah peritnya kita







Kitab Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran”, pekik Jamilah kepada Nabil...“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih”, balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”, keluh Jamilah.“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab”, jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”, tegur pak cik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pak cik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”, sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?”, pak cik menyoal sambil tersenyum.

SEBUAH EPILOG HIDUP

Menatap sebuah epilog hidup
yang dipunggah dari rak takdir
dia mula menghafal

kata demi kata
mencari makna
bahasa kalbu yang kelabu

direncanakan daun waktu
sedang kelmarin sudah jauh berlalu
esok tetap setia menunggu
gerimis kecil yang tak jadi luruh
 



Onak duri kehidupan

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang


Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian







Apa itu TARIAN ZAPIN?

Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arabdan dikatakan berasal dariYaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei,Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

  • Tarian Zapin Arab 
  • Tarian Zapin Johor 
  • Tarian Zapin Lenga 
  • Tarian Zapin Pekan 
  • Tarian Zapin Tenglu

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)