أهلا وسهلا

Interaktif

Aku 'eksiden'?

 

Mari kahwin...

Hari ini merupakan hari bahagia kepada abang aku, Mohamad Fazli kerana dapat mendirikan masjid iaitu berjaya melangsungkan majlis perkahwinannya. majlis tersebut telah berlangsung di Tanjung Karang iaitu di sebelah perempuan.

Sehari sebelum itu, majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Tanjung Karang berdekatan dengan tempat tinggal pengantin perempuan.

Bengkel Tesis Thn 3

Aku 'eksiden'?

Hancur berkecai, bertaburan makananku dan habis minumanku tidak sempat menjamah sedikit pun. Hampa aku berbaur serba salah akibat kemalangan yang aku terima. Begitulah perasaanku setelah musibah menimpa diriku...

Hari ni dalam sejarah hidupku, aku di timpa musibah iaitu kemalangan jalan raya. sedih dan pilunya....
Kemalangan ini berlaku setelah aku mengikuti Program Bengkel Tesis untuk Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

Minggu Usahawan FPBU 2010

Hari ini pelajar2 Tahun 3 fakulti aku,FPBU, kami dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk membuat minggu usahawan yang diadakan di Foyer FKP. Minggu Usahawan ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar dalam menjalankan perniagaan dari mula iaitu dengan modal hinggalah keuntungan yang diperolehi...Event berlangsung selama dua hari iaitu dari 17 hingga 18 Mac 2010.


Aku tidak ketinggalan untuk menyertainya bersama kumpulan aku iaitu MAJI ENTERPRISE.Di gerai Maju Enterprise, kami menjual cendol 'cinta', cendol pulut, aiskrim kon bunga, air berkabonat seperti coke, pepsi, rut beer. kami juga menjual floot 'yummy', roti aiskrim dan roti hotdog.

Boling Padang

Hari ini merupakan pengalaman pertama bagi aku, nizam, dan duen kerana hari ini pertama kali kami bermain boling padang... kami bermain boling padang tuk fakulti kami iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU).


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya tidak pernah pn menyentuh bola boling padang apatah lagi untuk bermain. Namun disebabkan tertarik dan minat untuk mencuba sesuatu sukan yang baru, kami pn menyertai SUFA bagi acara boling padang ini.

Barak Allahu Lakuma


Lagu ini merupakan lagu yang sekarang pelajar2 USIM minati kerana lirik dan melodi nya yang sedap dan senang didengari oleh sesiapa sahaja mahu mandengar nya...
So, slmt berhibur...



Permata Insan

Hari ini merupakan hari bermakna kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) kerana menerima kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara bersempena Majlis Pelancaran Permata Insan. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi  dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Muhamad Muda dan diteruskan dengan ucapan pelancaran dari Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor beserta dengan pelancaran Permata Insan...


Boling Best...

SUFA 2010 baru je bermula..
FPBU telah menghantar dua team di mana aku memasuki Team FPBU (B) yang terdiri juga daripada Acap, A'a, Anam, dan Duen. Manakala untuk Team FPBU (A) diwakili oleh pelajar junior (Amin, Azim,Tahun 1) dan (Muhaimin, Atiqullah dan Hishamudin@ca'am, Tahun 2).

Pertandingan tue diadakan selama dua hari iaitu 6-7 Mac 2010, bertempat di Jusco, Seremban 2. Pertandingan tue mula lambat disebabkan ada majlis perasmian di Pusat Sukan USIM, Pavilion pada kul8-11pgi.

Pada hari pertama, pertandingan mula pd kul 1tghari yg dimulai dgn team dari perempuan yg lambat main sehingga jam kul 6ptg.Team tuk lelaki mula main kul 6 ptg sampai Jusco tue nk tutup, kul10.30malam gara2 bdk perempuan yg lambat main..


Team ak berpuas hati dgn hari pertama dan akan berusaha tuk hari kedua 7 Mac 2010.

Persembahan Jemputan di UM

Persembahan Jemputan Sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan Sesi 2009/2010 Di Dewan Sri Tanjung, Kolej 10, UM.

Hari ini, seramai 9 orang ahli FANSURI yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 perempuan membuat persembahan jemputan sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan di Kolej 10, Universiti Malaya.

Persembahan ini merupakan persembahan jemputan untuk kali pertama di luar USIM. Aku juga terlibat dalampersembahan ini kerana aku juga merupakan ahli kumpulan FANSURI, iaitu satu kumpulan tarian aktif yang terdapat di Unit Kebudayaan USIM.



Majlis yang dirasmikan oleh YB.Senator Tan Sri Datuk (Dr) Hj. Jins Shamsuddin turut dihadiri oleh pelakon veteran kita iaitu Aziz Satar dan penyanyi popular tanah air iaitu Ning Baizura bersama suaminya yang tersayang.

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)