أهلا وسهلا

Interaktif

Aku 'eksiden'?

Hancur berkecai, bertaburan makananku dan habis minumanku tidak sempat menjamah sedikit pun. Hampa aku berbaur serba salah akibat kemalangan yang aku terima. Begitulah perasaanku setelah musibah menimpa diriku...

Hari ni dalam sejarah hidupku, aku di timpa musibah iaitu kemalangan jalan raya. sedih dan pilunya....
Kemalangan ini berlaku setelah aku mengikuti Program Bengkel Tesis untuk Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).



Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tgh hari hingga pukul 1 tgh hari berhampiran dengan perhentian bas di Fakulti Syariah dan Undang-Undang itu tidak menerima pertolongan dari orang lain kerana pada hari itu merupakan hari cuti Sabtu di mana ramai orang bercuti.

Selepas aku mengalami eksiden itu, aku segera menelefon sahabat ku, Nizam untuk membantu aku. Beliau yang pada mula nya tidak dapat mengenal suara aku kerana ketika itu aku tidak mampu berkata segera bergegas menemui dan membantu aku.

Sebenarnya, pada ketika itu aku ingin segera pulang ke kolej untuk menghadiri persembahanku bersama kumpulanku FANSURI di Hotel Pan Pasific, KLIA, Sepang sempena Malam Perdana Siswi bagi Kolej Kediaman Acacia Avenue.

Namun, musibah yang aku terima telah menghalang aku untuk menyertai persembahan tersebut. Walau bagaimanapun, aku turut hadir ke majlis tersebut bagi membantu adik-adikku dalam Kump.FANSURI dari segi pemakaian.

Akhirnya, aku gembira dapat menyertai MPS tersebut walaupun sebenarnya pada zahirnya aku berada dalam kondusi tidak berapa sihat. Namun, atas semangat ‘teamwork’ untuk kumpulanku, FANSURI, aku tetap hadir bagi memeriahkan MPS tersebut.

Kesimpulannya, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidupku dan aku juga turut berterima kasih kepada semua sahabat2 ku yang mengambil berat terhadapku melalui ucapan takziah kepadaku melalui Facebook.

Sebenarnya, segala musibah yang semua orang terima mempunyai hikmah di setiap dugaan tersebut. Sekian, terima kasih...Wasalam...

2 Response to "Aku 'eksiden'?"

  1. Dahrun Marada says:
    March 25, 2010 at 11:46 PM

    Musibah adalah pembelajaran yang bermakna dari manusia, bila dia menghayatinya.

  2. ahfadz says:
    March 26, 2010 at 12:32 AM

    terima kasih atas keprihatinan anda dan berkongsi pandangan anda sebagai motivasi untuk diri ini...

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)