Hari ini merupakan hari bermakna kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) kerana menerima kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara bersempena Majlis Pelancaran Permata Insan. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Selepas berakhir majlis perasmian, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melawati tempat pendaftran PERMATA INSAN di luar dewan. Kemudian disusuli oleh sesi dialog bersama wartawan-wartawan dari TV3, BERNAMA, RTM dan lain-lain agensi, termasuk wartawan dari USIMTODAY.
Sebenarnya, pada hari ini aku ditugaskan oleh pensyarah untuk membuat laporan mengenai program ini. Jadi, aku dengan beberapa sahabatku mengikuti program dari mula sehingga ia berakhir.
Kesimpulan yang aku dapat buat mengenai program ini adalah, PERMATA INSAN merupakan salah satu medium untuk mencari kanak-kanak pintar atau bijak. Tujuannya adalah bagi membawa kanak-kanak tersebut kepada pembelajaran yang kondusif mengikut acuan kita sendiri iaitu acuan Malaysia berlandaskan Syariah Islamiah yang akan diberikan semasa pembelajaran tersebut.
0 Response to "Permata Insan"
Post a Comment