أهلا وسهلا

Interaktif

Persembahan Jemputan di UM

Persembahan Jemputan Sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan Sesi 2009/2010 Di Dewan Sri Tanjung, Kolej 10, UM.

Hari ini, seramai 9 orang ahli FANSURI yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 perempuan membuat persembahan jemputan sempena Malam Kebudayaan Ke Sembilan di Kolej 10, Universiti Malaya.

Persembahan ini merupakan persembahan jemputan untuk kali pertama di luar USIM. Aku juga terlibat dalampersembahan ini kerana aku juga merupakan ahli kumpulan FANSURI, iaitu satu kumpulan tarian aktif yang terdapat di Unit Kebudayaan USIM.



Majlis yang dirasmikan oleh YB.Senator Tan Sri Datuk (Dr) Hj. Jins Shamsuddin turut dihadiri oleh pelakon veteran kita iaitu Aziz Satar dan penyanyi popular tanah air iaitu Ning Baizura bersama suaminya yang tersayang.







Aku sangat gembira kerana dapat membuat persembahan di luar USIM dan membuka mata Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain bahawa USIM juga mempunyai penari-penari yang hebat. Di samping itu, aku turut seronok kerana mendapat kenalan baru dari tuan rumah, UM.



Kenangan manis ketika persembahan di UM tidak dapat aku lupakan ialah dapat bersalaman dengan YB Senator Datuk Jin Shamsuddin, Aziz Satar dan bergambar dengan Kaka Ning Baizura. Semuanya manjadi memori terindah bagi aku dan juga ahli-ahli kumpulan FANSURI lain…

0 Response to "Persembahan Jemputan di UM"

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)