أهلا وسهلا

Interaktif

Raya 2011

Anak buah  ke-4
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam Aidilfitri yang ke-23, 

Maaf dipinta atas kelewatan untuk mengepos entri kerana sibuk dengan urusan duniawi.

Entri untuk kali ini, aku masih hendak berkongsi serba sedikit apa yang berlaku sepanjang hari raya ini.

Aku ada menerima panggilan dari seorang ustaz dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk datang temuduga di sana. Beliau menelefon aku pada hari Isnin, 5 September 2011 dan menyuruh aku memikirkan tawaran tersebut. Hajat dihati ingin aku pergi tapi disebabkan tertentu aku tidak dapat hadir untuk pergi temuduga tersebut. Aku menghantar mesej kepada ustaz tersebut dan memberikan beberapa sebab aku tidak dapat untuk hadir.

Bukan aku ingin membuatkan ustaz tersebut berkecil hati cuma tawaran yang dapat itu aku merasakan berat tanggungjawab untuk dipikul aku. Sekiranya sahabat-sahabat aku ingin tahu jawatan tersebut adalah IMAM di masjid UPM. Sahabat-sahabat fikirlah, bagi aku jawatan tersebut berat dan aku terpaksa menolak walaupun aku dari universiti yang ada 'I'. Harap kalian faham universiti apa yang aku cakapkan di sini.

Setakat ini sahaja entri untuk kali ini.
Selamat beraya lagi kepada mereka yang masih mengadakan rumah terbuka @ 'open house'.
Maaflah, aku tidak dapat untuk datang rumah terbuka sahabat-sahabatku yang telah sudi menjemput aku atas alasan kekangan masa. Harap maklum. Wasalam...^_^

0 Response to "Raya 2011"

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)