أهلا وسهلا

Interaktif

Salam Lebaran 1432 Hijrah


Salam Lebaran 1432 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam lebaran Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada rakyat Malaysia khasnya.

Entri untuk kali ini sudah tentu mengenai Hari Raya Aidilfitri kerana Hari Merdeka belum disambut lagi kerana ia akan disambut pada 16 September 2011 nanti.

Hari Raya pada tahun ini, aku telah menyambutnya di kampung sebelah ayah aku iaitu di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam selama 3hari 3malam bersama-sama ayah, emak, kakak aku yang ke-2, adik lelaki (adik-beradik yang ke-7), adik lelaki (adik-beradik yang ke-8), dan adik perempuan (adik-beradik yang bongsu).

Hari Pertama:
Seperti biasa, di pagi raya aku, ayah, adik lelaki, dan emak aku bersembahyang sunat hari raya di masjid. Selepas selesai, kami terus menziarahi pusara atuk bersama-sama nenek dan mak cik aku (adik ayah aku).

Setelah selesai, kami pulang ke rumah untuk bersalam-salaman untuk bermaafan sebelum pergi beraya. Cuma raya tahun ini tidak semeriah tahun lalu yang mana, abang dan kakak aku yang sudah berkahwin tidak ada pada hari pertama raya kerana mereka beraya di rumah mertua masing-masing. Ada yang di Perak (abang sulung aku), di Kuala Pilah (kakak yang pertama aku), di Tanjung Karang (abang aku yang ke-2), dan di Damansara (abang aku yang ke-3). 
Selepas selesai bermaafan, kami bergerak ke rumah saudara yang terdekat yang aku  panggil 'Embah Salleh'  diikuti 'Embah Sakinah' pada sebelah pagi. Manakala di sebelah petang pula kami beraya di rumah 'Embah Chik' dan 'Embah Tas'. 

Ketika di rumah 'Embah Chik', abang aku yang di Tanjung Karang kerana dia beritahu keluarga kakak ipar aku (isteri abang aku) tidak ada di rumah. Justeru itu, dia pun datang untuk beraya bersama-sama dengan keluarga kami. 

Selepas selesai di rumah 'Embah Tas', kami pulang ke rumah dengan suasana gembira kerana nenek dapat juga beraya bersama-sama kami sekeluarga untuk hari raya pertama.

Nak tahu bagaimana hari raya ke-2 dan hari-hari berikutnya? Nantikan kemunculannya kerana aku ingin pergi beraya bersama-sama sahabat aku.

Sekian sahaja untuk kali.
Terima kasih, wasalam...^_^

0 Response to "Salam Lebaran 1432 Hijrah"

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)