أهلا وسهلا

Interaktif

Raya 2011

Hijrah untuk kebaikan adalah dituntut dalam Islam...
Salam kepada warga blogger semua,

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Entri pada kali ini, aku ingin berkongsi mengenai bagaimana aku memperolehi temuduga untuk kali ke-2.

Sekiranya sahabatku yang pernah membaca entri sebelum ini, aku telah menolak tawaran untuk interview dan ini entri kali ini merupakan kesinambungan dari entri tersebut.

Seminggu selepas aku menolak tawaran temuduga, aku mendapat perkhabaran baik dari sahabat aku, Hanani Hassan yang sedang bekerja di Travel Agensi iaitu Muhammadiah Travel di Nilai. Dalam perkhabaran tersebut, dia memberitahu bahawa di tempat kerja beliau memerlukan orang. Namun, jawatan yang ada masih tidak diketahui. Hanani menyuruh aku menghantar resume kepada email dia pada hari itu juga iaitu pada 13 September 2011. Selepas aku menghantar resume tersebut, aku menerima panggilan dari travel agensi tersebut yang menyuruh aku datang untuk temuduga pada hari Khamis bersamaan 15 September 2011.


Pada hari Rabu bersamaan 14 September 2011, aku kembali ke Nilai pada jam 4.30 petang dengan dihantar oleh abah menaiki kereta menuju ke Komuter @ KTM di Bukit Badak. Aku berhenti di Stesen UKM jam 7.30 malam kerana sahabatku saudara Fauzi atau dikenali sebagai Bam ambil aku di situ dan dia bergegas terus ke tempat tuisyen di Bangi.

Selepas selesai tuisyen, kami bergegas pulang ke Nilai dalam jam 11.00 malam kami sampai di Nilai. Selepas sampai,  aku, Bam, Hafiz, dan Eden bergegas keluar semula untuk makan malam di Restoran 'Tong Suci' yang diberi nama oleh sahabat-sahabatku. Setiba di sana, aku menjumpai Ca'am, Azmi dan Zul sedang makan. Selepas makan dan membuat ketupat, kami pun balik ke rumah masing-masing dengan hati yang tenang. 

Kalian hendak tahu apa yang terjadi seterusnya, nantikan entri saya yang terbaru akan datang...
Selamat malam semua....^_^

0 Response to "Raya 2011"

USIMTODAY12 ONLINE (http://usim2dayalyaum12.webnode.com/)